Wednesday, July 15, 2009

Menjadikan Webcam Sebagai CCTV

Terdapat perisian yang membolehkan webcam dijadikan CCTV. Tapi sebelum itu, apa itu CCTV?

CCTV adalah dari singkatan perkatan Close Circuit TV atau System TV Litar Tertutup.

Apabila kita membicarakan mengenai kemudahan CCTV biasanya ianya hanya dipasang di bank, pejabat dan kedai-kedai sahaja.

Namun kini teknologi telah membolehkan pengguna memasang CCTV dipasang di kediaman atau rumah masing-masing.

Caranya adalah menggunakan kemudahan webcam dangan perisian sesuai. Ini salah satu cara mudah dan minima kosnya untuk memasang CCTV dirumah .

Webcam adalah kemudahan yang biasanya digunakan untuk melakukan sidang video. Webcam biasanya tidak dibekalkan dengan perisian untuk menjadikannya sebagai CCTV, oleh itu ianya tidak boleh merakam pergerakan secara automatik.

Untuk menjadikan Webcam sebagai CCTV kita perlu tambahkan perisian yang sesuai. Diantara perisian yang boleh kita gunakan adalah Crime Catcher, ianya boleh dimuat-turun di http://www.crime-catcher.com.
Selamat Mencuba..



Memaksimunkan Bateri Telefon Bimbit

Bateri merupakan komponen yang terpenting didalam sesebuah telefon bimbit. Apabila bateri kehabisan tenaga, walaubagaimana pintar dan canggih sekalipun sesebuah telefon bimbit, ianya tidak lagi berguna kepada pemiliknya.

Bagaimana kadar caj bateri didalam telefon bimbit boleh dipanjangkan?

Telefon bimbit terutama sekali yang mempunyai skrin yang besar menggunakan banyak tenaga, kadangkala tidak sampai separuh hari pengunaan telefon tersebut, tanda peringatan bateri hampir habis akan muncul.

Diantara faktor yang membuatkan bateri cepat habis adalah seperi berikut:

1. Setting di skrin terlampau terang - kurangkan tahap keterangan lcd skrin. Lagi malap lagi baik. Sesetengah skrin boleh diselaraskan kepada auto.

2. Matikan kemudahan yang tidak digunakaan - kemudahan seperti Bluetooth, GPS dan apa-apa perisian yang berada di memori yang tidak digunakaan.

3. Jangangan gunakan telefon bimbit apabila tanda penerimaan hanya satu atau dua bar - lagi kurang bar penerimaan, lagi tinggi kadar pengunaan bateri yang digunakan.

4. Gunakan kaedah bateri sokongan:
a. Bateri tambahan - mahal, perlu ditukar
b. Pengcaj di kereta - kalau berada di kereta
c. Alat pengunaan bateri AA - setiap satu bateri boleh bertahan sehingga 3 jam.
d. Gunakan bateri Komputer (laptop) melalui kabel USB.
e. Gunakan bateri USB caj semula

5. Padamkan kemudahan peti suara - ramai yang tidak meninggalkan mesej, kalau ditinggalkan penerima tidak mendengar.

6. Gunakan dua telefon - divertkan panggilan ke telefon kedua apabila telefon pertama sibuk atau kehabisan bateri.

7. Gunakan SMS atau Instant Messenger.